"Bekerjasama Menjaga Keamanan"
Walaupun pada dasarnya soal keselamatan menjadi tanggungjawab pihak polis namun penduduk Taman Jaya berganding bahu bagi memastikan keamanan kawasan perumahan mereka. Selain itu, tanggungjawab itu juga dipikul oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKK menerusi Biro Keselamatan memberi perhatian yang khusus terhadap keselamatan kampung.
Selain JKKK dan polis, terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang membantu pihak berkuasa menangani masalah keselamatan dikawasan ini. Anggota RELA bertugas secara sukarela dan biasanya mengikut giliran. Dengan adanya kemudahan keselamatan ini, tahap keselamatan di Taman Jaya berada dalam keadaan yang terkawal.
Malahan di taman ini juga terdapat Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM). PEMADAM merupakan sebuah pertubuhan sukarela bagi membantu mengatasi masalah penyalahgunaan dadah. Badan ini juga berperanan untuk memberikan maklumat-maklumat dan tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya najis dadah dan cara-cara membasmi penyalahgunaannya.
Sebuah Depoh tahanan Imegresen untuk menempatkan Pendatang Asing Tanpa Izin juga terdapat di sini yang boleh menempatkan seramai 400 orang tahanan pada satu-satu masa. Di Kemayan juga terdapat sebuah balai bomba yang sememangnya telah banyak membantu sewaktu kecemasan di kawasan Kemayan dan kawasan-kawasan sekitarnya.
BALAI POLIS KEMAYAN, BERA
Alamat : Balai Polis Kemayan
Polis Diraja Malaysia
28380, Kemayan,
Pahang.
Telefon : 09-2409222