Bercerita mengenai khasiat Madu Lebah Kelulut, tentunya pasti ramai tertanya-tanya apakah Madu Kelulut serta khasiatnya. Seperti yang kita tahu,madu kelulut adalah sama seperti madu lebah biasa. Cuma yang membezakannya adalah khasiatnya. Itulah serba sedikit maklumat yang diceritakan oleh seorang pengusaha madu lebah kelulut, Mohd fazil bin Maulud yang menjalankan penternakan lebah kelulut untuk mendapatkan hasil madu tersebut. Menceritakan saat permulaan ketika beliau memulakan perusahaan tersebut, beliau telah diberi cadangan oleh sahabatnya untuk membuat perniagaan madu kelulut tetapi beliau tidak mengendahkannya sehingga lama-kelamaan,dengan menggunakan medium media sosial yang ada,beliau melihat tidak ramai yang mengusahakan perniagaan madu kelulut lantas beliau mula terfikir untuk memulakan perusahaan secara kecil-kecilan memandangkan di daerah Bera tidak ramai yang membuat perusahaan tersebut.

Idea beliau tercetus pada awal tahun 2013 untuk membuat projek penternakan lebah kelulut apabila segala usaha dan penat lelah beliau berjaya membuahkan hasil bagi memulakan langkah pertamanya. Dengan bantuan dan nasihat daripada Jabatan Pertanian Daerah Bera, beliau telah diberi bantuan sebanyak RM10,000 beserta 10 sarang lebah kelulut sebagai langkah awal untuk beliau terus bersemangat dan ingin lebih mengorak langkah kehadapan selaras dengan kemajuan luar bandar melalui perusahaan yang dibuat.

Banyak cabaran yang dilalui beliau dalam memulakan perusahaan tersebut, ini kerana ternakan lebah kelulut adalah bergantung kepada kawasan yang bersesuaian seperti keadaan didalam hutan. Ketika itu, Encik Mohd Fadzil menjadikan dusunnya sebagai tempat penternakan lebah kelulut kerana tiada pilihan lain.

Dengan tempoh ppercubaan yang singkat daripada Jabatan Pertanian Daerah Bera yang semnakin suntuk, membuatkan beliau terus beruasha keras dalam penternakan lebah kjelulut bagi mendapatkan hasil madu kelulut untuk dijadikan sebagai bahan bukti perusahaannya kepada Pejabat Pertanian Daerah. Berkat dari kesungguhannya, perusahaan beliau berjaya membuahkan hasil dengan permulaan sebanyak 10 sarang sahaja pada ketika itu, tetapi beliau masih belum bercadang untuk menjadikannya sebagai produk tempatan kerana masik tidak yakin dengan perusahaanya.

Apabila menjelang tahun 2014, dengan hasil bantuan dan nasihat dari sahabat serta Jabatan Pertanian, perusahaannya semakin bertambah maju, dengan simpanan yang ada, Encik Mohd Fadzil telah bertekad untuk menggunakan wang simpanannya dan melaburkan lagi untuk menambah 25 lagi sarang lebah kelulut dimana jumlah kesluruhannya kini telah mencecah sebanyak 35 sarang. Lebah kelulut juga mempunya kahasiatnya tersendiri seperti :

-          Meningkatkan metabolisme badan

-          Menambahkan tenaga batin

-          Menjaga kecantikan

-          Antioksidan yang tinggi

-          Mengurangkan kerosakan fungsi ginjal

-          Mengurangkan stress aksidatif

-          Merawat kencing manis, hati, darah tinggi, batu karang, buasir, lelah dan pelbagai lagi.

Katanya juga, madu kelulut menghasilkan  madu dan propolis yang kaya dengan khasiat, Cuma rasanya agak sedikit masam dan warnanya lebih cerah daripada warna madu lebah yang biasa. Lebah kelulut yang diusahakan oleh Encik Mohd Fadzil mempunyai 3 spesis lebah kelulut iaitu Itama, Thorasica dan Apikalis.

Sehingga ke tahun ini iaitu tahun 2015, beliau telah berjaya mengeluarkan hasil madu kelulut beliau dan menjualnya disekitar kawan Daerah Bera, masih belum mempunya bangunan kedai, beliau menjadikan rumahnya sebagai tempat untuk memproses dan menjual madu kelulut kepada mereka yang menggemarinya, Walaubagaiamanapun, Encik Mohd Fadzil tetap gigih meneruskan perusahaanya walaupon masih tidak mempunya kedai sendiri.

Dari segi tenaga kerja pula, Encik Mohd Fadzil mengusahakan perusahaanya itu secara sendiri tanpa menggunakan mana-mana tenaga kerja kerana dengan projek yang baru ingin berkembang itu masih dalam perancangan untuk diperbesarkan lagi, jadi tiada sebab untuk beliau mengambil pekerja untuk menolong beliau, cukup dengan bantuan isterinya sendiri.