"Meningkatkan Modal Insan"

Taman Jaya Kemayan ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK ditubuhkan sebagai sebuah jawatankuasa yang menyampaikan maklumat–maklumat dan dasar kerajaan. JKKK juga berperanan membangunkan projek-projek kecil untuk kepentingan penduduk. Biasanya projek-projek tersebut dilaksanakan melalui kontraktor-kontraktor yang dipilih dan dipantau oleh JKKK. JKKK juga menganjurkan program-program tertentu ke arah menyatupadukan perpaduan sesama penduduk. Biasanya, JKKK menganjurkan aktiviti gotong-royong, sukaneka, ceramah kesedaran dan lain-lain.

Dipengerusikan oleh Mahassan Bin Ali, beliau bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan kawasan sekitar termasuk Taman Jaya. Beberapa biro dilantik bagi membantu melicinkan jentera pentadbiran JKKK. Antaranya, Biro Keselamatan dan Kebajikan, Biro Ekonomi dan Pembangunan Desa, Biro Kerohanian, Biro Kesenian, Belia dan Sukan, Biro Hal Ehwal Wanita dan Biro Pendidikan.

Sejak sekian lama JKKK berperanan dan mencapai objektifnya untuk mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat di samping memajukan kampung. Sehingga kini, program-program yang dikendalikan oleh JKKK telah berjaya meningkatkan modal insan penduduk. Di samping itu, JKKK juga turut merancang aktiviti kemasyarakatan untuk masa hadapan. JKKK Taman Jaya sentiasa mengharapkan kerjasama daripada penduduk untuk memastikan setiap perancangan yang diatur berjalan dengan lancar. Kerjasama yang baik selama ini telah dapat membantu memajukan kampung.

JKKK sentiasa mengharapkan kerjasama daripada penduduk untuk memastikan setiap perancangan yang diatur berjalan dengan lancar. Kerjasama yang baik selama ini telah dapat membantu memajukan kampong seterusnya mebentuk masyarakat yang bersatu padu.