"MAKANAN TERKENAL DI NEGERI PAHANG (IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK & SAMBAL BELIMBING HITAM)"
Negeri Pahang amat sinonim dengan ikan patin. Populariti ikan eksotik itu menyebabkan ia menjadi hidangan wajib di kebanyakan restoran di negeri tersebut. Dengan kata lain, hidangan ikan patin boleh ditemui hampir di kebanyakan tempat menjamu selera dari warung tepi jalan hinggalah ke hotel bertaraf bintang. Keunikan ikan patin adalah ia boleh digoreng, masak gulai tempoyak, singgang atau dibakar. Ikan patin liar yang hidup di dalam sungai sangat enak jika dibuat gulai tempoyak kerana ia sangat berlemak. Isinya juga lembut dan mudah menyerap keharuman tersendiri tempoyak. Semua sajian kampung ini bertambah lengkap dengan iringan seleksi ulam-ulaman, sambal belacan dan ikan masin.
Daerah Bera yang juga merupakan salah satu daerah yang terletak di Negeri Pahang agak sinonim dengan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak, bagaikan 1 kerugian besar pada mereka yang melawat ke kawasan ini tanpa mencuba dan merasai sendiri pengalaman mengenakan masakan tersohor di Negeri Pahang. Bukan itu sahaja, malah Daerah Bera juga dan tempat-tempat di seluruh Pahang turut memperkenalankan sejenis sambal yang diproses dari buah belimbing sehingga menjadi sambal yang dipanggil Sambal Belimbing Hitam.
Selain dijadikan perisa dalam makanan, belimbing hitam boleh dibuat sambal dan enak dimakan bersama nasi putih, nasi pulut, lempeng dan seumpamanya.Kalau sudah belimbing hitam yang digunakan semestinya sambal yang dihasilkan 'berwajah' hitam tapi keenakan rasanya menjadi sebutan. "Sambal Hitam" cukup unik dan hanya boleh ditemui di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub & Bera. Ia juga dijual secara kecil-kecilan sebagai menambah pendapatan penduduk setempat.Keenakannya menarik penggemar dari luar datang ke daerah ini untuk menikmati sambal istimewa kegemaran mereka.
Makanan tradisi negeri Pahang yang diwarisi sejak turun temurun ini, menjadi identiti keempat-empat daerah ini kerana keistimewaannya yang tersendiri, menambah selera makan sesiapa sahaja.