"Merapatkan Hubungan"

Kebanyakan golongan wanita bertungkus-lumus melakukan pelbagai kerja sampingan bagi menampung pendapatan suami masing-masing untuk memantapkan lagi perbelanjaan keluarga. Mereka tidak mensia-siakan segala kemahiran yang ada untuk dimanfaatkan bersama. Bagi memastikan aktiviti wanita sentiasa bergerak aktif, beberapa program telah dijalankan tidak kira program kemasyarakatan mahupun keagamaan. Antara program yang dijalankan setiap bulan ialah PROGRAM BACAAN YASSIN BERSAMA WANITA DAN PROMOSI I-HEALTH.  I-Health adalah program untuk memeriksa tekanan darah secara percuma.

Tidak terkecuali wanita-wanita di sini, mereka sentiasa aktif dalam membantu dan menjayakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Bagi melancarkan aktiviti-aktiviti wanita, Pertubuhan Pergerakan Wanita telah diwujudkan. Penglibatan dalam Amanah Ikhtiar juga telah membuktikan wanita disini sentiasa berdaya saing dan mempunyai matlamat jangka panjang untuk memajukan diri sendiri serta keluarga.

PROGRAM BACAAN YASSIN BERSAMA WANITA DAN PROMOSI I-HEALTH