Tarikh          : 02 Mei 2019

Masa           : 3.30ptg - 6.30ptg

Tempat        : Pusat Internet Taman Jaya Kemayan

Penghasilan video boleh menjadi bahan alternatif untuk membantu pelajar bagi memahami pembelajaran. Kelas ini bertujuan untuk membantu para guru mengenali dan mempelajari kaedah penghasilan video sebagai satu medium pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Penghasilan video (videografi) adalah proses menangkap imej yang bergerak menggunakan media elektronik (contohnya, pita video, terus ke cakera rakaman, atau menyimpan dalam keadaan pepejal seperti camcorder tapeless) dan juga media aliran. Penghasilan video melibatkan kemahiran menyusun isi kandungan, penyuntingan video dan menyampaikan hasil terakhir video untuk persembahan.