Tarikh          : 01 March 2021

Masa           : 3.00ptg - 5.00ptg

Tempat        : Pusat Internet Taman Jaya Kemayan

Pusat Internet Taman Jaya Kemayan telah mengadakan Kelas Typing Test Online (10 Fast Fingers) kepada peserta yang merupakan ahli kepada Pusat Internet Taman Jaya Kemayan ini. Tujuan utama kelas asas komputer ini diadakan adalah untuk memperkenalkan para pelajar sekolah rendah, menengah, belia mahupun orang tua kepada ICT. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk melatih peserta menaip dan penggunaan keyboard melalui kelas typing. Kelas asas komputer ini amat bermanfaat dan berfaedah kepada setiap golongan masyarakat.

Tarikh          : 27 Februari 2021

Masa           : 3.00ptg - 5.00ptg

Tempat        : Pusat Internet Taman Jaya Kemayan

Pusat Internet Taman Jaya Kemayan telah mengadakan Kelas E-Mengaji & Amali kepada peserta yang merupakan ahli kepada Pusat Internet Taman Jaya Kemayan ini. Tujuan utama Kelas E-Mengaji & Amali ini adalah untuk mendekatkan para pelajar mengenai ilmu keagaamaan dengan menggunakan teknologi dan kemudahan.

Tarikh          : 16 Januari 2021

Masa           : 10.00pg - 11.00pg

Tempat        : Pusat Internet Taman Jaya Kemayan

Pusat Internet Taman Jaya Kemayan telah mengadakan E-Tuition Sains Tahun 5 & 6. Kelas E-Tuition ini, para pelajar menggunakan aplikasi ZOOM untuk bersemuka antara para pelajar dan guru. Para pelajar akan dibekalkan nota & latihan. 

Tarikh          : 17 Januari 2021

Masa           : 3.45ptg - 4.45ptg

Tempat        : Pusat Internet Taman Jaya Kemayan

Pusat Internet Taman Jaya Kemayan telah mengadakan E-Tuition Bahasa Inggeris Tahun 5 & 6. Kelas E-Tuition ini, para pelajar menggunakan aplikasi ZOOM untuk bersemuka antara para pelajar dan guru. Para pelajar akan dibekalkan nota & latihan. 

Tarikh          : 13 Januari 2021

Masa           : 11.30pg - 12.30tgh hari

Tempat        : Pusat Internet Taman Jaya Kemayan

Pusat Internet Taman Jaya Kemayan telah mengadakan Kelas Ms Word. Kelas ini adalah untuk memberikan tunjuk ajar kepada para pelajar yang ingin membuat kerja kursus dengan menggunakan Ms Word.