Tarikh          : 16 Ogos 2019

Masa           : 3.00ptg - 5.00ptg

Tempat        : Pusat Internet Taman Jaya Kemayan

Pusat Internet Taman Jaya Kemayan telah mengadakan Kelas Ms Word (Menaip Surat Rasmi). 7 orang pelajar terlibat kelas ini. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memahirkan pelajar membuat surat rasmi dengan menggunakan format yang betul. Pelajar berpeluang menggunakan komputer dan dapat mempelajari cara penggunaan Ms Word dan dapat melatih jari menaip dengan cepat.

Tarikh          : 15 Ogos 2019

Masa           : 3.00ptg - 5.00ptg

Tempat        : Pusat Internet Taman Jaya Kemayan

Pusat Internet Taman Jaya Kemayan telah mengadakan Kelas Ms Word (Menaip Cerita). 7 orang pelajar terlibat kelas ini. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan ICT dan bagaimana cara menggunakan komputer. Pelajar berpeluang menggunakan komputer dan dapat mempelajari cara penggunaan Ms Word dan dapat melatih jari menaip dengan cepat.

Tarikh          : 07 Ogos 2019

Masa           : 9.00pg - 12.00tgh hari

Tempat        : Pusat Internet Taman Jaya Kemayan

Pusat Internet Taman Jaya Kemayan telah mengadakan Program Kemerdekaan Bersama Tadika Kemas Taman Jaya. Bermula dengan perarakan kemerdekaan, nyanyian lagu patriotik, tayangan video merdeka, taklimat advokasi Klik dengan Bijak (KDB), pertandingan mewarna poster hari merdeka dan berakhir dengan pembelajaran secara dalam talian.Program itu bertujuan memberi pendedahan mengenai sejarah kemerdekaan negara kepada masyarakat setempat meningkatkan semangat kemerdekaan dan  cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak.

Tarikh          : 08 Ogos 2019

Masa           : 9.00pg - 12.00ptg

Tempat        : SK Bukit Mendi

Pusat Internet Felda Mayam bersama Pusat Internet Gugusan Bera telah mengadakan satu Program Advokasi KDB & Literasi ICT Bersama Pelajar SK Bukit Mendi. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan ICT kepada para pelajar disamping dapat memupuk minat dalam menambahkan lagi pengetahuan kepada mereka dalam bidang ICT ini. Selain daripada taklimat, para pelajar juga turut didedahkan dengan soalan kuiz, pembentangan kumpulan, sesi soal jawab dan sebagainya. Aktiviti sampingan seperti kuiz dapat menarik minat para pelajar untuk lebih berinteraksi selepas diberi taklimat. Antara aktiviti yang dijalankan tugasan LDK poster menggunakan powerpoint dan pembentangan kumpulan.

Tarikh          : 06 Ogos 2019

Masa           : 3.00ptg - 5.00ptg

Tempat        : Pusat Internet Taman Jaya Kemayan

Pusat Internet Taman Jaya Kemayan telah mengadakan Kelas Rapid Typing kepada peserta yang merupakan ahli kepada Pusat Internet Taman Jaya Kemayan ini. Tujuan utama kelas asas komputer ini diadakan adalah untuk memperkenalkan para pelajar sekolah rendah, menengah, belia mahupun orang tua kepada ICT. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk melatih peserta menaip dan penggunaan keyboard melalui kelas typing. Kelas asas komputer ini amat bermanfaat dan berfaedah kepada setiap golongan masyarakat.