Nama |
: Nur Nadia Husna Binti Arshad |
Umur |
: 33 Tahun |
Ahli |
: November 2016 |
Latar belakang
PEDi Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan kedai makan Nasi Ayam Penyet D’ Warisan di pekan Kemayan.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi
Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil-kecilan dan minat mendalam dalam dunia masakan beliau cuba berniaga dengan menghantar juadah untuk jualan di warung dan kedai makan kecil-kecilan di Pekan Kemayan ini.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi
Beliau sering menggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium komersial untuk mewarwarkan tentang perniagaan beliau. Menurut Puan Nadia, perniagaan nasi ayam penyet kini mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Terutamanya pelajar dan juga pekerja di sekitar Kemayan ini. Pihak PEDi juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat Facebook perniagaan dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di PEDi. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook. Puan Nadia banyak mempromosikan jualan beliau dengan menggunakan medium Facebook. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan ramai yang membeli makanan dari beliau. Sehubungan dengan itu, sehingga kini beliau berjaya membuka satu permis menjual Nasi Ayam Penyet D’ Warisan di Pekan Kemayan ini. Kini kedai makan Puan Nadia mendapat sambutan yang baik dan pelbagai juga menu disajikan.
http://tmnjayakemayan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/1034-keusahawanan-nur-nadia-husna-binti-arshad-q1-2022#sigFreeIde4f8efe054