Nama |
: Nurul Wahidah |
Umur |
: 30 Tahun |
Ahli |
: November 2018 |
Latar belakang
PEDi Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan kedai makan Restoran Paksu Kemayan di pekan Kemayan. Restoran Paksu Kemayan ini popular dengan resepi istimewa dengan iaitu menu Nasi Ayam.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi
Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil-kecilan dan minat mendalam dalam dunia masakan beliau cuba berniaga dengan menghantar juadah untuk jualan di warung dan kedai makan kecil-kecilan di pekan Kemayan ini.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi
Beliau sering menggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium komersial untuk mewarwarkan tentang perniagaan beliau. Menurut Puan Wahidah, perniagaan kedai makan Restoran Paksu Kemayan kini mendapat sambutan baik bukan sahaja dikalangan penduduk setempat malah orang luar yang singgah makan di Kemayan ini juga. Pihak PEDi juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat Facebook perniagaan dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di PEDi. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook. Puan Wahidah banyak mempromosikan jualan beliau dengan menggunakan medium Facebook. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan ramai yang membeli makanan dari beliau. Kini kedai makan Puan Wahidah mendapat sambutan yang baik dan pelbagai juga menu disajikan.
http://tmnjayakemayan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/1041-keusahawanan-nurul-wahidah-q3-2022#sigFreeId3d502b8d36