Nama

: Siti Nor Alia Binti Abdul Karim

Umur

: 28 Tahun

Ahli

: Januari 2022

 

Latar belakang

PEDi Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan keropok lekor & sosej bakar dihadapan jalan besar Kemayan.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil-kecilan dan minat mendalam dalam dunia perniagaan beliau cuba berniaga dengan menghantar juadah untuk jualan di warung dan kedai makan kecil-kecilan di pekan Kemayan ini.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Beliau sering menggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium komersial untuk mewarwarkan tentang perniagaan beliau. Menurut Puan Alia, perniagaan gerai di tepi jalan kini mendapat sambutan baik bukan sahaja dikalangan penduduk setempat malah orang luar juga. Pihak PEDi juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat Facebook perniagaan dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di PEDi. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook. Puan Alia banyak mempromosikan jualan beliau dengan menggunakan medium Facebook. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan ramai yang membeli makanan dari beliau.  Kini gerai Puan Aliya mendapat sambutan yang baik.