Nama |
: Nurul Aidah Binti Md Shah |
Umur |
: 32 Tahun |
Ahli |
: Ogos 2022 |
Latar belakang
PEDi Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan secara atas talian Surprise Delivery.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi
Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil-kecilan dan minat dalam senui gubahan. Puan Aidah berniaga secara atas talian dan juga membuka booth jualan.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi
Beliau sering menggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium komersial untuk mewarwarkan tentang perniagaan beliau. Menurut Puan Aidah, perniagaan beliau kini mendapat sambutan baik bukan sahaja dikalangan penduduk setempat malah orang luar juga. Pihak PEDi juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat Facebook perniagaan dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di PEDi. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook. Puan Aidah banyak mempromosikan jualan beliau dengan menggunakan medium Facebook. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan ramai yang bunga hiasan dari beliau. Kini perniagaan Surprise Delivery Puan Aidah mendapat sambutan yang baik.
http://tmnjayakemayan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/1050-keusahawanan-nurul-aidah-binti-md-shah-q2-2023#sigFreeIdcaa1d75880