Nama |
: JUNITA BINTI ABD RAHMAN |
Umur |
: 34 Tahun |
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Pusat Internet 1Malaysia Taman Jaya yang terletak di Taman Jaya Kemayan, ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang individu iaitu lebih mesra disapa kak ita. Beliau mengusahakan perniagaan ini kerana minat membuat kek. Beliau juga banyak sertai kelas-kelas dan bengkel membuat kek untuk memperoleh teknik membuat kek dan dekorasi kek.Disebabkan ini, beliau mula berminat dalam pembuatan kek dan beliau merasakan jualan kek mendapat sambutan kerana pada masa ini di pekan Kemayan tiada penjual kek beragama islam dan tiada kedai kek di Pekan Kemayan. Pada awalnya beliau hanya mengambil tempahan dikalangan jiran dan sahabat terdekat. Setelah beberapa bulan kek nya menjadi perbualan dikalangan rakan-rakan dan beliau mula mengambil tempahan sekitar kemayan, bera,kerayong dan triang. Beliau menamakan kek beliau dengan nama “Sweet Bakery” di laman fb pages.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum ini, beliau cuma menjual atas permintaan kenalan yang rapat sahaja. Bermula modal yang sedikit, beliau cuba mempromosikan di group whatssap sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pihak pi1m juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages fb dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di pi1m. Selepas itu beliau mula menjual dengan membuat page di facebook dan instagram. Puan Junita banyak mempromosikan jenis kek dan kuih menggunakan medium facebook dan instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan di dalam facebook, Instagram, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat menguntungkan.
Walaupun pada awalnya agak susah mencari pelanggan,dengan adanya facebook dan instagram beliau merasakan lebih mudah untuk mempromosikan kek beliau. Kini jualan beliau mendapat sambutan yang amat mengalakkan dan beliau banyak menerima tempahan untuk majlis kahwin,sambutan haru lahir dan membuat COD kek kepada pelanggan.
http://tmnjayakemayan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/474-keusahawanan-junita-binti-abd-rahman-q2-2018#sigFreeId095e843cc0