Nama |
: NORIZAN BINTI KADIR |
Umur |
: 47 Tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Pusat Internet Taman Jaya yang terletak di Taman Jaya Kemayan, ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang individu iaitu lebih mesra disapa Kak Izan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan online dan offline iaitu aiskrim dan durian crepe. Bermula dengan sekadar minat membuat aiskrim sehinnga la tercetus idea untuk berniaga secara kecil-kecilan dirumah. Bermodalkan duit yang sikit kak izan membeli bahan-bahan dengan kuantiti yang sedikit mengikut tempahan. Pada awalnya tempahan sekitar kawasan terdekat serta kawan-kawan sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, beliau cuma menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan pada teman rapat dan kenalan rapat. Bermula modal yang sedikit beliau cuba mempromosikan di group whatsapp dan facebook. Selepas nampak semakin maju, kak Izan mula membeli mesin aiskrim. Beliau sering munggunakan facebook dan WhatsApp. Menurut kak Izan, tempahan beliau ini, turut dihantar ke Temerloh. Tempahan aiskrim juga dapat banyak permintaan sepanjang musim cuti sekolah disebabkan majlis perkahwinan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages FB dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di pusat internet. Selepas itu beliau mula menjual melalui group whatssap dan membuat page di Facebook dan Instagram. Kak Izan banyak mempromosikan jualan beliau dengan memberi potongan harga kepada pelanggan dengan menggunakan medium facebook dan instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Instagram, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan.
http://tmnjayakemayan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/544-keusahawanan-norizan-binti-kadir-q4-2018#sigFreeIdb627481851