Nama

: RABEATUL ADAWIYAH BINTI MUHMMAD MUNTASIR

Umur

: 31 Tahun

Ahli

2018

Latar belakang

Pusat Internet Taman Jaya yang terletak di Taman Jaya Kemayan, ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang individu iaitu lebih mesra disapa Kak Adda. Beliau  mengusahakan  perniagaan  ini pada mula hanya sebagai minat dalam bidang kecantikkan dan bidang perniagaan. Disebabkan ini, beliau mula berminat untuk berniaga secara kecil-kecilan dan mula membuka Spa Kecantikkan yang dahulunya kecil dan tidak diketahui ramai. Pada mulanya beliau juga turut menjual barang-barangan jamu wanita. Beliau juga turut membuat perkhidmatan rawatan muka dan wajah dari rumah ke rumah. Seterusnya bagi mengembangkan lagi teknikal berkaitan ilmu kecantikkan beliau telah memohon sijil yang diiktiraf oleh Medical Aesthetic. Kini perniagaan yang dijalankan beliau telah memperoleh kepercayaan dari orang ramai. Spa beliau kini di beri nama Arrada Medispa, dan di sana menyediakan pelbagai jenis rawatan muka, rawatan rambut dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau cuma menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan pada teman rapat dan kenalan rapat. Bermula modal yang sedikit beliau cuba mempromosikan di group WhatsApp.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages fb dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di pusat internet. Selepas itu beliau mula menjual melalui group whatssap dan membuat page di facebook dan instagram. Kak Adda banyak mempromosikan perkhidmatan beliau dengan memberi potongan harga kepada pelanggan dengan menggunakan medium facebook dan instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Instagram, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan permintaan untuk pembelian ubat ini semakin meningkat.