Nama

:  SITI AISHAH AINA BINTI APELOH

Umur

:  17 Tahun

Ahli

:  2017

Latar belakang

Pusat Internet Taman Jaya yang terletak di Taman Jaya Kemayan, ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang individu iaitu lebih mesra disapa Izzati. Beliau  mengusahakan  perniagaan  ini pada mula hanya sebagai minat terhadap barang-barang kosmetik. Disebabkan ini, beliau mula berminat untuk berniaga secara kecil-kecilan dan mula menjual kepada rakan terdekat di sekolah, jiran-jiran, kampung dan kedai-kedai kosmetik berdekatan. Izzati juga menghantar barang terus kepada rumah pelanggan yang telah membuat tempahan di sekitar Bera.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, beliau cuma menjual secara kecil-kecilan pada teman rapat dan kenalan rapat. Bermula modal yang sedikit beliau cuba mempromosikan di group whatssap.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pihak pi juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages fb dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di pusat internet. Selepas itu beliau mula menjual melalui group whatssap dan membuat page di facebook dan instagram. Cik Izzati banyak mempromosikan ubat pelentik bulu mata ini dengan memberi potongan harga kepada pelanggan yang membeli menggunakan medium facebook dan instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam facebook, Instagram, facebook group dan whassap group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan permintaan untuk pembelian ubat ini semakin meningkat. Penjualan ubat pelentik mata ini bukan sahaja di jual di sekitar Bera, malah boleh dipos di semua kawasan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak