Nama |
: MASDORA BINTI MARIAN |
Umur |
: 32 Tahun |
Ahli |
: 2015 |
Latar belakang
Pusat Internet Taman Jaya yang terletak di Taman Jaya Kemayan, ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan online dan offline iaitu “ikan pekasam anak dara”Bermula dengan sekadar minat menjadi agent dropship produk secara sehinnga la tercetus idea untuk menghasilkan ikan pekasam anak dara. Beliau mempelajari cara untuk menghasilkan ikan pekasam melalui resepi turun temurun. Menurut kak dora beliau pada awalnya memperolehi ikan dari pembekal luar mengikut permintaan pelanngan. Beliau kini menggunakan ikan dari kolam beliau sendiri. Beliau juga merupakan usahawan bimbingan dari lembaga pertubuhan perladang.
Beliau sering munggunakan facebook dan WhatsApp. Menurut kak Dora tempahan beliau ini mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Pekasam beliau dijual pada harga rm 10.00 satu paket. Menurut kak Dora permintaan begitu memberangsangkan di sekitar kemayan.triang dan dari kenalan-kenalan facebook dan whatssap.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum ini, beliau cuma menjual atas permintaan kenalan yang rapat sahaja. Bermula modal yang sedikit, beliau cuba mempromosikan di group whatssap sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pihak pi1m juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages fb dan kelas keusahwanan seperti Myshop. Menurut beliau, setelah menyertai kelas di pusat internet seperti cara mempromosikan produk ke dalam talian. Beliau juga sering mengikuti kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak kolej komuniti bagi mengembangkan perniagaan atas talian beliau. keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan permintaan ini semakin meningkat.
http://tmnjayakemayan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/548-keusahawanan-masdora-binti-marian-q3-2018#sigFreeId8356b6df34