Nama

: MARDZIAH BINTI MD YAAKUB

Umur

: 55 Tahun

Ahli

: November 2016

Latar belakang

Pusat Internet Komuniti yang terletak di Taman Jaya Kemayan, ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang individu iaitu Mardziah ataupun lebih mesra dipanggil Kak Yah. Kak Yah adalah salah seorang individu yang mengusahakan  perniagaan online dan offline iaitu membuat pelbagai jenis kuih kapit.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum ini, Kak Yah cuma menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan pada teman rapat dan kenalan rapat. Bermula modal yang sedikit beliau cuba mempromosikan di group WhatsApp dan Facebook. Selepas nampak semakin maju, Kak Yah mula membeli lebih banyak mesin kapit. Beliau sering munggunakan Facebook dan WhatsApp. Menurut Kak Yah, tempahan beliau ini, turut dihantar ke merata tempat, dan mendapat permintaan yang tinggi ketika waktu perayaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pihak PIK juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages Facebook dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di pusat internet. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook dan Instagram. Kak Yah banyak mempromosikan jualan beliau dengan memberi potongan harga kepada pelanggan dengan menggunakan medium Facebook. Menurut beliau sejak mempromosikan di dalam Facebook, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan.