Nama

: Chong Ken Keang

Umur

: 14 Tahun

Ahli

: Mei 2021

 

Latar belakang

Adik Ken merupakan pelajar yang rajin dan bersemangat tinggi. Oleh itu dia sangat disenangi oleh pelajar lain dan guru-guru di sekolahnya. Adik Ken sering menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah dan PEDi. Adik Ken sering datang ke PEDi untuk menyertai kelas komputer di PEDi. Sebelum ini Adik Ken kurang mahir dalam kemahiran ICT, setelah mempelajari kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi, sedikit sebanyak membant Adik Ken seperti menggunakan Ms Word, Ms Powerpoint, Ms Excel, Ms Publisher & lain-lain. Adik Ken sering berkunjung ke PEDi untuk mempelajari kelas atau program yang dianjurkan oleh PEDi seperti kelas Ms Word dan sering menggunakan kemudahan di PEDi.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Sebelum ini, Adik Ken kurang mahir menggunakan komputer kini dia  sudah semakin mahir untuk mencari maklumat menggunakan engine carian seperti Google dan Internet Explorer dan membuat kerja kursus sekolah menggunakan komputer di PEDi.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Adik Ken semakin  mahir menaip, dan boleh mengaplikasikan apa yang diajar, dia juga sering berkunjung ke PEDi untuk menyertai kelas yang dianjurkan. Adik Ken seorang pelajar yang sangat pandai dan cepat belajar. Dan semakin pandai menggunakan komputer untuk mencari bahan atau maklumat dalam menyiapkan tugasan kerja kursusnya. Adik Ken merupakan ahli PEDi dan selalu menggunakan kemudahan disinI.

Nama

: Nur Nadia Husna Binti Arshad

Umur

: 33 Tahun

Ahli

: November 2016

 

Latar belakang

PEDi Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan kedai makan Nasi Ayam Penyet D’ Warisan di pekan Kemayan.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil-kecilan dan minat mendalam dalam dunia masakan beliau cuba berniaga dengan menghantar juadah untuk jualan di warung dan kedai makan kecil-kecilan di Pekan Kemayan ini.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Beliau sering menggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium komersial untuk mewarwarkan tentang perniagaan beliau. Menurut Puan Nadia, perniagaan nasi ayam penyet kini mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Terutamanya pelajar dan juga pekerja di sekitar Kemayan ini. Pihak PEDi juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat Facebook perniagaan dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di PEDi. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook. Puan Nadia banyak mempromosikan jualan beliau dengan menggunakan medium Facebook. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan ramai yang membeli makanan dari beliau. Sehubungan dengan itu, sehingga kini beliau berjaya membuka satu permis menjual Nasi Ayam Penyet D’ Warisan di Pekan Kemayan ini.  Kini kedai makan Puan Nadia mendapat sambutan yang baik dan pelbagai juga menu disajikan.

Nama

: INDRAN

Umur

: 19 Tahun

Ahli

: Oktober 2019

Latar belakang 

Adik Indran merupakan pelajar yang rajin dan bersemangat tinggi. Oleh itu dia sangat disenangi oleh pelajar lain dan guru-guru di sekolahnya. Adik Indran sering menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah dan Pusat Internet Komuniti Adik Indran sering dating ke PIK untuk menyertai kelas komputer di PIK dan juga membuat tugasan sekolah di PIK. Sebelum ini Adik Indran kurang mahir dalam kemahiran ICT, setelah mempelajari kelas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti, sedikit sebanyak membantu Adik Indran seperti MS Word, MS Powerpoint, MS Excel, Ms Publisher & lain-lain. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum ini, Adik Indran kurang mahir menggunakan komputer kini dia  sudah semakin mahir untuk mencari maklumat menggunakan engine carian seperti Google dan Internet Explorer dan membuat kerja kursus sekolah menggunakan komputer di PIK.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Adik Indran semakin  mahir menaip, dan boleh mengaplikasikan apa yang diajar, dia juga sering berkunjung ke Pusat Internet Komuniti untuk menyertai kelas yang dianjurkan. Adik Indran kini merupakan salah seorang sukarelawan PIK dan sering melibatkan diri dalam program yang dianjurkan PIK.

Nama

: Kamirah Binti Ramin

Umur

: 64 Tahun

Ahli

: Februari 2017

 

Latar belakang

PEDi Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan kedai makan Mira Patin Kemayan di pekan Kemayan.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil-kecilan dan minat mendalam dalam dunia masakan beliau cuba berniaga dengan menghantar juadah untuk jualan di warung dan kedai makan kecil-kecilan di pekan Kemayan ini. Beliau juga menghantar makanan di kantin-kantin sekolah di sekitar pekan Kemayan.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Beliau sering menggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium komersial untuk mewarwarkan tentang perniagaan beliau. Menurut Puan Kamirah, perniagaan kedai makan Patin Kemayan kini mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Terutamanya bagi penduduk setempat tetapi juga oleh orang luar yang singgah makan di Kemayan ini. Pihak PEDi juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat Facebook perniagaan dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di PEDi. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook. Puan Kamirah banyak mempromosikan jualan beliau dengan menggunakan medium Facebook. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan ramai yang membeli makanan dari beliau. Kini kedai makan Puan Kamirah mendapat sambutan yang baik dan pelbagai juga menu disajikan.

Nama

: SHAHRIZAL BIN SAIDIN

Umur

: 47 Tahun

Ahli

: Ogos 2019

Latar belakang

Pusat Internet Komuniti Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan baja organik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil-kecilan dan minat dalam bidang penanaman pokok, beliau mula membuat baja sendiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau sering munggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium komersial untuk mewarwarkan tentang perniagaan beliau. Menurut En Sharizal, perniagaan baja organik beliau kini mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Pihak PIK juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat Facebook perniagaan dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di Pusat Internet Komuniti. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook. En Sharizal banyak mempromosikan jualan beliau dengan menggunakan medium Facebook. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan ramai yang membeli barangan beliau.