Nama

: RABEATUL ADAWIYAH BINTI MUHMMAD MUNTASIR

Umur

: 31 Tahun

Ahli

2018

Latar belakang

Pusat Internet Taman Jaya yang terletak di Taman Jaya Kemayan, ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang individu iaitu lebih mesra disapa Kak Adda. Beliau  mengusahakan  perniagaan  ini pada mula hanya sebagai minat dalam bidang kecantikkan dan bidang perniagaan. Disebabkan ini, beliau mula berminat untuk berniaga secara kecil-kecilan dan mula membuka Spa Kecantikkan yang dahulunya kecil dan tidak diketahui ramai. Pada mulanya beliau juga turut menjual barang-barangan jamu wanita. Beliau juga turut membuat perkhidmatan rawatan muka dan wajah dari rumah ke rumah. Seterusnya bagi mengembangkan lagi teknikal berkaitan ilmu kecantikkan beliau telah memohon sijil yang diiktiraf oleh Medical Aesthetic. Kini perniagaan yang dijalankan beliau telah memperoleh kepercayaan dari orang ramai. Spa beliau kini di beri nama Arrada Medispa, dan di sana menyediakan pelbagai jenis rawatan muka, rawatan rambut dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau cuma menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan pada teman rapat dan kenalan rapat. Bermula modal yang sedikit beliau cuba mempromosikan di group WhatsApp.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages fb dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di pusat internet. Selepas itu beliau mula menjual melalui group whatssap dan membuat page di facebook dan instagram. Kak Adda banyak mempromosikan perkhidmatan beliau dengan memberi potongan harga kepada pelanggan dengan menggunakan medium facebook dan instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Instagram, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan permintaan untuk pembelian ubat ini semakin meningkat.

Nama

:  NUR FAZILAH BINTI MOHD NOH

Umur

:  20 Tahun

Ahli

:  2014

Latar belakang

Nur Fazilah Binti Mohd Noh merupakan pelajar yang rajin dan bersemangat tinggi. Oleh itu dia sangat disenangi oleh pelajar lain dan guru-guru di sekolahnya. Beliau juga sering menyertai pertandingan yang dianjurkan sekeloh dah Pusat Internet. Sebelum ini beliau kurang mahir dalam ICT, setelah mempelajari kelas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet, sedikit sebanyak membantu beliau  seperti MS Word, MS Powerpoint, MS Excel, Movie Maker & Adobe Photoshop. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet untuk mencari bahan sekolah, menyiapkan kerja sekolah bersama rakan-rakan dan sering menggunakan kemudahan di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau kurang mahir dalam ICT, setelah mempelajari kelas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet, sedikit sebanyak membantu beliau  seperti MS Word, MS Powerpoint, MS Excel, Movie Maker & Adobe Photoshop. Beliau juga sudah semakin mahir untuk mencari maklumat menggunakan engine carian seperti Google dan Internet Explorer. Kini beliau sudah pandai mengunakan komputer untuk mencari bahan dan maklumat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini beliau semakin  mahir menaip, dan boleh mengaplikasikan apa yang diajar. Beliau juga sering berkunjung ke Pusat Internet untuk membuat kerja sekolah bersama kawan-kawan. Beliau seorang pelajar yang sangat pandai dan cepat belajar. Kini beliau semakin pandai menggunakan komputer untuk mencari bahan atau maklumat dalam menyiapkan tugasan kerja kursus beliau. Beliau merupakan ahli Pusat Internet  dan selalu menggunkan kemudahan disini.

Nama

:  JUNITA BINTI ABD RAHMAN

Umur

:  34 Tahun

Ahli

:  2014

 

Latar belakang

Pusat Internet 1Malaysia Taman Jaya yang terletak di Taman Jaya Kemayan, ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang individu iaitu lebih mesra disapa kak ita. Beliau  mengusahakan  perniagaan  ini kerana minat membuat kek. Beliau juga banyak sertai kelas-kelas dan bengkel membuat kek untuk memperoleh teknik membuat kek dan dekorasi kek.Disebabkan ini, beliau mula berminat dalam pembuatan kek dan beliau merasakan jualan kek mendapat sambutan kerana pada masa ini di pekan Kemayan tiada penjual kek beragama islam dan tiada kedai kek di Pekan Kemayan. Pada awalnya beliau hanya mengambil tempahan dikalangan jiran dan sahabat terdekat. Setelah beberapa bulan kek nya menjadi perbualan dikalangan rakan-rakan dan beliau mula mengambil tempahan sekitar kemayan, bera,kerayong dan triang.  Beliau menamakan kek beliau dengan nama “Sweet Bakery” di laman fb pages.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, beliau cuma menjual atas permintaan kenalan yang rapat sahaja. Bermula modal yang sedikit, beliau cuba mempromosikan di group whatssap sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pihak  pi1m juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages fb dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di pi1m. Selepas itu beliau mula menjual dengan membuat page di facebook dan instagram. Puan Junita banyak mempromosikan jenis kek dan kuih menggunakan medium facebook dan instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan di dalam facebook, Instagram, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat menguntungkan.

 Walaupun pada awalnya agak susah mencari pelanggan,dengan adanya facebook dan instagram beliau merasakan lebih mudah untuk mempromosikan kek beliau. Kini jualan beliau mendapat sambutan yang amat mengalakkan dan beliau banyak menerima tempahan untuk majlis kahwin,sambutan haru lahir dan membuat COD kek kepada pelanggan.

Nama

:  NORIZAN BINTI KADIR

Umur

:  47 Tahun

Ahli

:  2018

Latar belakang

Pusat Internet Taman Jaya yang terletak di Taman Jaya Kemayan, ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang individu iaitu lebih mesra disapa Kak Izan salah seorang individu yang mengusahakan  perniagaan online dan offline iaitu aiskrim dan durian crepe. Bermula dengan sekadar minat membuat aiskrim sehinnga la tercetus idea untuk berniaga secara kecil-kecilan dirumah. Bermodalkan duit yang sikit kak izan membeli bahan-bahan dengan kuantiti yang sedikit mengikut tempahan. Pada awalnya tempahan sekitar kawasan terdekat serta kawan-kawan sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau cuma menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan pada teman rapat dan kenalan rapat. Bermula modal yang sedikit beliau cuba mempromosikan di group whatsapp dan facebook. Selepas nampak semakin maju, kak Izan mula membeli mesin aiskrim. Beliau sering munggunakan facebook dan WhatsApp. Menurut kak Izan, tempahan beliau ini, turut dihantar ke Temerloh. Tempahan aiskrim juga dapat banyak permintaan sepanjang musim cuti sekolah disebabkan majlis perkahwinan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages FB dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di pusat internet. Selepas itu beliau mula menjual melalui group whatssap dan membuat page di Facebook dan Instagram. Kak Izan banyak mempromosikan jualan beliau dengan memberi potongan harga kepada pelanggan dengan menggunakan medium facebook dan instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Instagram, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan.

Nama

:  KHAIRUN AFNIZAN HUZAIRI BIN KHAIRUN ANUAR

Umur

:  25 Tahun

Ahli

:  2018

 

Latar belakang

Pusat Internet 1Malaysia Taman Jaya yang terletak di Taman Jaya Kemayan, ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang individu iaitu lebih mesra disapa Khairi. Beliau  mengusahakan  perniagaan  ini pada mula hanya sebagai minat terhadap haiwan kambing. Disebabkan ini, beliau mula berminat untuk berniaga secara kecil-kecilan dan mula menjual kepada rakan terdekat di tempat kerja, kampung dan facebook. Beliau sekarang mempunyai kandang bagi memelihara ternakan kambing.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, beliau cuma menjual secara kecil-kecilan pada teman rapat dan kenalan rapat. Bermula modal yang sedikit beliau cuba mempromosikan di group whatssap.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pihak pi1m juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages fb dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di pi1m. Selepas itu beliau mula menjual melalui group whatssap dan membuat page di facebook dan instagram. Encik Khairi banyak mempromosikan haiwan ternakannya iaitu kambing dengan memberi potongan harga kepada pelanggan yang membeli secara pukal untuk kenduri dan sebagainya menggunakan medium facebook dan instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam facebook, Instagram, facebook group dan whassap group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media social sangat memberangsangkan dan permintaan untuk pembelian kambing semakin meningkat. Penjualan kambing ini bukan sahaja di jual di sekitar Bera, malah di Temerloh dan kawasan berdekatan.